Sunday, 16 June 2013


Dalam dakapanmu aku tertawa
Riang gembira
Mengukir senyuman
Mencipta keindahan
Ah sungguh manis saat itu

Setiap detik bersamamu seakan hilang segala permasalahan
Yang kurasa hanyalah kemanisan percintaan
Tiap saat aku mahu bersamamu
Bersamamu sayang
Sungguh tiada lain yang ku inginkan

Adakala aku mencuba
Mencuba mencari kebahagian yang kukecapi bersamamu
Cuma aku gantikan saat itu bersama pujangga lainnya

Dalam diam tanpa kusedari 
Ah aku tak mampu
Tidak sesekali aku mampu menduakan dirimu
Kerana aku sedar dalam kerinduan itu tersemat kekuatan
Kekuatan yang bakal mewarnai masa hadapan

Mengapa mahu dilupakan



Natasya Hairiri

No comments:

Post a Comment