Friday, 9 August 2013
Andai benar dia mahumu , aku redha .
kiranya setiap nafasmu untuk dia,setiap saat kau bersama dia tak mampu kau lupakan , apakah harus aku ini tetap terus tersenyum bermimpi indah sedang memori kamu masih dalam dakapan dia.
Sedang hati ini ingin sekali bersama kamu, namun kamu mahu terus dalam kenangan dia, apakah ini salahku ?
Salahkah aku kerana cinta ini , diri ini masih belum cukup untuk kamu melupakan dia?
Salahkah aku kiranya aku tak mampu menjadi sehebat dia , cinta kamu yang dulu ?
Kiranya hanya satu nama sahaja yang kau ukir dihatimu, dan tak mampu aku memadamnya,
Maka dengan penuh seikhlasnya aku berserah,
Dan tak mampu aku melawan takdir dan hebatnya cinta kamu yang dulunya .
Dan andai kamu lebih bahagia bersama kenangan itu,
aku lepaskan kau .
Maaf .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment